"Ada, nak bghape?" Jawab mak cik spontan. "100 batang boleh?"
"Oooo boleh-boleh. Kejap naa"
--
Begitu la lebih kurang perbualan antara mak cik penjual sate dengan seorang lelaki cina semalam di Mustafa Satay Bota. Kalau anda tanya student UTP kat mana sate yg sedap kat Perak, mesti jawapannya sate Bote. Setelah sekian lama menetap, membesar dan menua di Tronoh ni, baru semalam ada peluang untuk merasa sedap sangat ka sate bota ni. Perjalanan ke lokasi restoren dari UTP mengambil masa dalam 10-15 minit. Macam dari UTP ke Pekan Batu Gajah. Restoren tu betul-betul di tepi jalan. Jadi bila dah lalu jambatan, (mesti korang perasan punya akan lalu jambatan kalau bergerak ke arah lumut dari UTP) Ambil lane kiri dan kurang kan kelajuan kenderaan kerana anda semakin menghampiri Sate Bote. Cewah, ayat formal gila.
Time kami datang, daging tinggal 20 batang. Rezeki kami la.
Sate ayam dan daging + timun
Kuah kacang sedap! |
Sorry, N70 tak punya macro
Tomyam bihun |
1 comments:
sedap lerr satey botey..hheheh
Post a Comment