Tragedi bermula seawal jam 8am!
Hari pertama kami di Pulau Pinang telah kami isytiharkan sebagai outing terbaik setakat ini menjadi huru hara pada hari kedua. Tragedi pertama berlaku apabila kereta Waja milik Wan Syazwan dirempuh oleh pakcik bomba (tak pasti kerja bomba atau tak. Tapi pakai vest bomba) yang menunggang motor kapcai. Kejadian berlaku kerana kami tersalah jalan untuk ke Bukit Bendera dari Relau. Kami menuju pada arah yang bertentangan, jadi kami kena pusing balik..

