Mar 25, 2011

Sate Bota, Bota, Perak

"Sate ada lagi tak?" tanya lelaki cina tersebut kepada mak cik penjual sate.
"Ada, nak bghape?" Jawab mak cik spontan. "100 batang boleh?"
"Oooo boleh-boleh. Kejap naa"
--

Begitu la lebih kurang perbualan antara mak cik penjual sate dengan seorang lelaki cina semalam di Mustafa Satay Bota. Kalau anda tanya student UTP kat mana sate yg sedap kat Perak, mesti jawapannya sate Bote. Setelah sekian lama menetap, membesar dan menua di Tronoh ni, baru semalam ada peluang untuk merasa sedap sangat ka sate bota ni. Perjalanan ke lokasi restoren dari UTP mengambil masa dalam 10-15 minit. Macam dari UTP ke Pekan Batu Gajah. Restoren tu betul-betul di tepi jalan. Jadi bila dah lalu jambatan, (mesti korang perasan punya akan lalu jambatan kalau bergerak ke arah lumut dari UTP) Ambil lane kiri dan kurang kan kelajuan kenderaan kerana anda semakin menghampiri Sate Bote. Cewah, ayat formal gila.

Time kami datang, daging tinggal 20 batang. Rezeki kami la.



Sate ayam dan daging + timun


Malangnya, nasi impit dah habis. Baru pukul 9 dah habis! Jadi kami makan sate + kuah kacang + timun. Kuah kacang sedap, timun rasa timun, Sate? Biasa saja.. Tak la sehebat yang digembar gembur kan. Secukup rasa. I tasted better satay than this. Tak tau la kami pegi restoren yang betul ke tak. Tapi rasanya kedai yg kami pegi ni yg terbaik. Ada 2 kedai jual sate di area ni. Satu lagi terletak di seberang jalan.

Kuah kacang sedap!
Sorry, N70 tak punya macro

Tomyam bihun

Ohya, bagi sesiapa yang rasa nak makan sate sikit, makanan berat sikit, boleh la order makanan-makanan lain. Bergoreng, tom yam, ikan-ikan, sayur dan pelbagai lagi juadah yang mengenyangkan. Satu lagi, dengar-dengar kedai ni beroperasi hanya pada hari Khamis - Ahad. Lupa pulak nak tanya tuan punya kedai. So kalau nak selamat, datang la hari Khamis - Ahad. Thats all for now! Ba bai~

1 comments:

Unknown said...

sedap lerr satey botey..hheheh

Blog Designed by The Single Momoirs