Mar 1, 2011

Negara Yang Mempunyai 13 Bulan Dalam Setahun: Ethiopia


"I need to tell you because this is a declarative knowledge!" Kata tutor lab Knowledge Management kami. "In Ethiopia, we have 13 months a year." Kami pun semua tekesima sekejap sebab: first - kami baru tau dia ni orang Ethiopia. Keduanya sebab ada jugak negara yang tak guna Gregorian calendar kat dunia ni. Ethiopia / Euthopia terletak di benua Afrika, bersempadan dengan Somalia dan Kenya. Boleh refer kat wiki (link). Okay, berbalik dengan cerita 13 bulan setahun..

Addis Ababa ialah ibu kota Euthopia

Kalendar Euthopia yang mempunyai 13 bulan tu sebenarnya berpandukan kalendar koptik. Koptik ni setau saya antara cabang kristian ortodoks. Diorang lebih dekat dengan Islam. Yang best pasal kalendar Euthopia ni, diorang lewat 7/8 tahun kalau dibandingkan dengan kalendar Gregorian yang kita guna ni. So do the math. Diorang baru tahun 2003! Ain't it cool? Kalau di Malaysia anda terasa tua, silalah datang ke Euthopia. Ternyata 7 tahun lebih muda! Haha.

Antara monumen di tengah bandar Addis Ababa


Ok, this is how their calendar works; tahun baru diorang bermula pada 11 September dalam kalendar kita. So kiranya 1.1.2003 diorang adalah pada 11.9.2010 Gregorian Calendar. Boleh main convert-convert kat sini (link). Untuk tahun lompat, tahun baru diorang bermula pada 12 September. Untuk 12 bulan pertama, Jan - Disember, setiap bulan mempunyai 30 hari, dan bulan ke 13 dipanggil bulan Paguemain. Bulan ni macam bulan Februari. Tahun lompat dia ada 6 hari, kalau biasa 5 hari. Kesimpulannya, warga Euthopia sambut tahun baru diorang pada 11 September! Wah, patut USA serang Euthopia instead of Iraq! Mungkin minyak kat Euthopia tak sebanyak minyak kat Iraq kot..

On my opinion, boleh kata Christianity di Euthopia sangat kuat sampai kalendar pun diorang tetap guna yang koptik instead of Gregorian. Rasanya kita patut guna kalendar Islam as our official calendar kat Malaysia kan? Baru unik sikit.

Bila Google image Ethiopia people , gambar-gambar orang asli ni yang keluar. Tutor kami pakai kemeja elok je pun.


Selain daripada sistem kalendar yang unik, culture orang asli diorang pun best jugak untuk di explore sebab masih belum mati ditelan dek zaman. Tapi jangan pulak pandang rendah warga Euthopia, negara ni antara yang paling cepat membangun. Tapi yang paling best yang membuatkan saya teringin betul nak singgah Euthopia ni ialah...

So, siapa nak pegi Euthopia with me? angkat tangan macam saya~ (gaya Kak Limah sikit)


p/s- Semua gambar adalah ihsan Google image.
p/s/s- Tak pasti macamana nak eja Ethiopia dalam bahasa melayu. Is it Euthopia? Utopia?
p/s/s/s- Kalau ada tersalah fakta tolong betulkan ya

0 comments:

Blog Designed by The Single Momoirs