Apr 6, 2011

of Penang and Nasi Kandar Line Clear (Part ii)


Tragedi bermula seawal jam 8am!


Hari pertama kami di Pulau Pinang telah kami isytiharkan sebagai outing terbaik setakat ini menjadi huru hara pada hari kedua. Tragedi pertama berlaku apabila kereta Waja milik Wan Syazwan dirempuh oleh pakcik bomba (tak pasti kerja bomba atau tak. Tapi pakai vest bomba) yang menunggang motor kapcai. Kejadian berlaku kerana kami tersalah jalan untuk ke Bukit Bendera dari Relau. Kami menuju pada arah yang bertentangan, jadi kami kena pusing balik..




Oleh kerana nak cepat, kami U-turn kat traffic light. Tak semena-mena ada pakcik motor ni nak overtake. Salah kami jugak la U-turn kat situ. Motor pak cik tu agak teruk jugakla. Lampu signal pecah, kaki dia terkena pintu kereta. Sakit sikit kata beliau. Luckily, dia sangat baik hati. "Charge sendiri-sendiri jela" katanya. Kalau dia mintak bayar, naya jugak kami. 

Ternyata kami memang bernasib malang pada hari kedua sebabnya Bukit Bendera tutup unutk maintenance kereta kabel yg tak guna kabel tu. Depa nak tukar kereta baru. 2 bulan lagi baru siap. Kami tersangatlah kecewa sebab kami bermalam kat Penang semata-mata nak menghirup udara sejuk Bukit Bendera. Pengajarannya, Google terlebih dahulu update tempat-tempat yang hendak dituju sebelum bertolak kesana.

Piring hitam

Kamera klasik lagi. Kat ipoh pun ada jugak. Kat sini


Oleh kerana tak dapat menikmati pagi kat kawasan tanah tinggi, kami ke Rope Walk (Rowock. Thanks to Qayyum) untuk cuci mata tengok barang yang dijual. Khabarnya Rope Walk ni kira Pasar Karat Penang lah. Kalau kat Ipoh, ada jugak Pasar Karat nih. Boleh baca balik entri yang ini. Sebagai penambah perisa ke failure an outing Penang hari kedua ni, pasar ni ternyata membosankan kecual karipap RM1 yang sangat sedap dijual dipintu masuk pasar. Kalau nak dibandingkan dengan pasar karat Ipoh, kat Ipoh lagi jauh best untuk dikunjungi.

Sarapan ala-ala barat kat Rope Walk.Roti Bakar & Telur separuh masak RM3 + Teh Tarik RM1


Selepas sarapan di Rope Walk, kami ke Balik Pulau untuk mencari durian. Manala tau musim. Boleh melantak durian. Untuk menyambung kesinambungan malang nya hari kedua kami, durian kat Balik Pulau dijual pada harga yang saaaaaaangat mahal memandangkan belum lagi musim. Oleh kerana terlalu kecewa, kami singgah jugak tropikal farm yg terletak dikawasan berdekatan untuk minum jus Acerola. Tak pasti apa dalam bahasa. Tapi buah ni macam ada potensi untuk di pasarkan secara MLM. Kasi klentong sikit, Vitamin C oleh mengubati kanser, jual 1.5L RM500. Hehe


Acerola

Buah-buahan tempatan yang dijual pada harga tak masuk akal sebab pelancong luar negara sahaja yg singgah kat sini.

Pak cik yg bertugas disini pun boleh berbahasa Inggeris dengan pelat British. Sekali pandang memang tak sangka dia boleh speaking. Hebat!

Toilet kat Farm ni memang tak boleh lawan. Terbaik! Jendela luas untuk menikmati dusun luas. Featured in IkanStim 2.0

Selepas minum jus, singgah kat air terjun berdekatan. Tak mandi sebab tak bawak baju lebih. Rendam kaki cukup.

Wajah-wajah kecewa..

--

Hari kami berakhir di Queensbay Mall. Cuci mata window shopping. Dapat Converse murah 70% diskaun. Menyesal tak beli 2 3 pasang. Kemudian kami makan McD sebab nak jimat makan time McValue Lunch. Sedihkan? Lepas dari Queensbay Mall kami pun berlalu pergi meninggalkan Penang.. Sedih jugak sebab tak puas makan. Bermula lah kehidupan yang menyiksa di UTP...




P/s - Harap-harap catatan travel saya disini boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang nak ke Penang. Mungkin kami tak habis ronda lagi, tapi setakat yang kami ronda ni, boleh la dijadikan rujukan untuk sesiapa yang memerlukan. Tak pun kongsi la tempat-tempat menarik kat Penang diruangan komen untuk kami pegi. 

Terima kasih daun keladi, tinggalkan komen, saya terasa dihargai. 
Thats all people. Babai~



10 comments:

Datu Nazrin Arif said...

tinggalkan komen agar anda rasa dihargai

Admin said...

kerana diriku begitu berharga

Achiq said...

Thanks for yr info.
Really appreciate sgt2...

Seronok baca cerita org gi makan angin ni...sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan...

Keep sharing bro...
folo u....

Admin said...

No biggie. Thank you! :)

qayyum said...

ak x penah dgr pun Road Lane (even cant find it on google..)
is that place near stadium?? if yes, it is Rope Walk(locals pronounce it as rowock..)

Admin said...

sudah. haha. salah info la ni. haha. malu nya. akan di tukar asap!

Unknown said...

Hahaha ... interesting toilet .. tapi sangat 'mengerikan' untuk dikunjungi ..
Walaubagaimanapun anak2ku, pandang la sesuatu atau setiap yg berlaku itu dari perspektif positif nya ya .. baru la kita tk kecewa dan sentiasa rasa bersyukur ... :)

Admin said...

kami cukup positif ni aunty. hehe. eh jap, ni aunty ka? aiman? ashraf? arif?

nenek ketiau said...

Orang muda kalau naik kereta ramai2 mesti beringat ya.. kalau sembang, gelak ghiuh ghendah nanti oghang hon pun tak dengaq.

Semoga sentiasa mendapat perlindungan Allah dari bahaya di jalanraya di Semenanjung yang terlalu banyak bahaya. Ameen.

Unknown said...

Eh, eh .. rasanya Aunty yg comment tu, ntah camana jadi Aiman lak ... ???

Blog Designed by The Single Momoirs