The final part of my quest to Beijing, China.. For those who havent read the earlier posts, you should read it first before reading the finale entry. Here are the links:
--
Rasa tak bersemangat nak update blog sebab setakat ni belum ada plan untuk kemana-mana. Cuma cakap-cakap kosong dengan kawan-kawan nak ke India la, Paris la, Thailand la, tapi belum ada detailed plan untuk ke sana. Salah satu cara untuk menyelamatkan Malaysiasmack dari kehabisan blog post adalah dengan menulis sesuatu yang tak berkaitan dengan travelling. Travelling tips maybe will suit the blog but.. I am not really into travelling tips! Im more to experience the travelling itself.
Haih, I need to go somewhere for our coming mid semester break which is only for four days. Including saturday and sunday. The funny thing is I dont have classes on Friday. So basically, our mid semester break is only for one day! -on Thursday. Nak balik Sabah pun rasa tak berbaloi sebab kejap sangat. Warghhh
Okay, enough with personal ranting.
--
Day 7: 15 December 2010
Kami bergerak dari hotel seawal 430 pagi waktu tempatan kalau tak silap saya. Perjalanan ke airport tu mengambil masa yang agak lama dalam 40-60 minit. Semuanya tidur dalam perjalanan ke sana. Dah bangun awal kan, mestila masih rasa mengantuk. Bila dah sampai airport, kami check in in group untuk memudahkan kerja.
Time ni la baru perasan bahawasanya saya telah secara tidak sengaja meninggalkan handphone N70 saya diatas katil hotel! Haha. Dah sampai airport baru nak raba-raba kocek jeans tengok apa yang tertinggal. Rupanya, HP yang tertinggal. Dengan pantas bagitau wakil travel agent suruh diorang call rombongan Malaysia yang baru sampai Beijing. (Diorang check in hotel yang sama pada malam kami nak balik Malaysia keesokan harinya) Nasib baik ada rombongan yang baru sampai kan? Kalau tak, memang hilang la HP tu. Selepas sebulan lebih baru sampai ke tangan saya sebab HP tu stay kat KL. Saya kat Sabah. Macamana nak ambil?!
For the rest of the day, let the pictures describe it:
Solat Subuh di Beijing International Airport. Kami tak jumpa surau kat airport ni.
Kami naik Dragon Air ke Hong Kong terlebih dahulu sebelum ke Kuala Lumpur. Oh, ini perlu di take note oleh agensi, pihak agensi perlu beri nasihat kepada peserta rombongan yang menetap di Sabah untuk beli tiket Hong Kong ke Kota Kinabalu. Sebab ada direct flight untuk terus ke KK instead of pegi KL dlu, kemudian beli lagi tiket ke KK, Sabah! It such a waste of time. For those who are staying in Sabah, bagitau travel agent yang anda mahu direct flight ke Sabah dari Hong Kong. Tak payah penat-penat nak beli tiket balik sabah dari KL lagi.
Click to enlarge
Multifaith prayer room. Tak perlu solat tepi-tepi kerusi kat balai perlepasan. Cari lambang orang berdoa ni. Boleh solat di sini.
--
Setibanya di KLIA, baru lah kami bertiga (Big Boss, Superwoman and me) sibuk mencari hotel. Kami perlu bermalam dulu sebab flight ke Sabah adalah keesokan harinya. Kami terlupa nak book hotel sebelum berlepas ke Beijing.. Memandangkan December ialah musim cuti sekolah, semua hotel are fully booooooked. Lalu kami mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Kak Husna dan suami yang terletak di Bukit Jalil. (eh, betul ke ni Kak Una?) Terima kasih banyak-banyak atas hospitality yang sama level dengan MH. Hehe.
Setibanya di Sabah, kami di sambut dengan Arif yang comel. Haha. Mak bought him a silk kung fu uniform. Topi tu saya punya. Sebab tu besar. Haha
--
Thats all for Quest to The Great Wall of China trip. Harap-harap siapa-siapa yang nak ke sana, boleh la baca dulu blog ni untuk dapatkan gambaran kasar tentang trip ke Beijing menggunakan travel agent. Im sory for my excessive formality of Bahasa. Takut ada yang baca blog ni berpangkat mak cik dan pak cik.. Tak sesuai pulak kalau terlalu bersahaja. Hehe. Ok lah, till next time! Adios~
Feel free to contact me via eighteen7artwork@gmail.com or ask me anything via formspring. Or you may follow me via twitter. Have a nice Sunday!
2 comments:
Hmm.. interesting pc of knowledge.. "multifaith prayer room".. Never thot such facility existed! Wld like to see d inside, esp with various people in action..
Anyway tq for having us macik2 in mind while writing d blog, eh.. :)
while we were there, it seems that only mulims were utilizing that room. i dont think other religion got a fixed time to pray/solat. myb they use it for an 'impromptu' prayer.
writing formally is the best aunty. huhu
Post a Comment