Dec 31, 2010

Quest to The Great Wall of China (Part ii)


Oleh kerana Bahasa jiwa bangsa, jadi saya selang selikan entri-entri dalam travelog ini secara dwibahasa. Kalau ada masalah untuk memahami, gunakanlah Google Translate. Hehe. Entri ini ditulis oleh Boss Keroro. Keroro malas nak menulis sebab dia teda* tangan..

*Teda = tiada / takde

--

9 Disember 2010

Hari kami bermula dengan "Morning Call" dari pihak hotel. Setiap bilik akan menerima panggilan seawal jam 4.30/5.30 pagi .. tak ingat dah. Ini untuk elak daripada rombongan lambat bersiap untuk tour hari kedua. So, bagi sesiapa yang berniat nak relax-relax tak nak bangun awal time tour, jangan lah ambil pakej. Baik pergi sendiri without ground package.

Tempat pertama yang kami singgah ialah restoren Muslim untuk sarapan. Tak tau nama kedai sebab signage tu dalam tulisan cina. Ini lah kali pertama kami menjamah makanan air tangan warga Beijing. Dan hasilya?

Boss, mee kat sini tak rasa mee pun. Nasib baik ada nasi goreng berminyak, Baby Kailan dengan telur dadar kan boss? kan? Kan??
Yup, breakfast disini agak berat. Tak pasti lah pihak agency yang mintak bagi berat-berat. Pagi tu kami dihidangkan dengan cakui, nasi goreng + telur yang minyak terlebih, telur dadar (the only dish yang rasanya agak normal) , baby kailan (sangat sedap!), Mee goreng yang rasanya sangat pelik. Kami tak jamah pun. Rasa sikit saja.

Lelaki perempuan Muslim semua pakai kopiah kat sini untuk menunjukkan diorang Muslim.


--

Sekitar Kompleks: Sup sarang burung

Selesai sarapan, kami dibawa ke Komples Olimpiade. (the local tour guide actually pronounce it 'Olimpiade'. Pronunciation beliau selalu menjadi bahan jenaka kami. Haha) Lawatan ke kompleks ni sekadar melawat dataran olimpik untuk bergambar berlatarkan Bird's Nest Stadium. Nothing much. Lawatan ke kompleks ini boleh dibuang dari itinerary anda. Stadium tu terletak jaaaauuuuuh dari kompleks. Apa yang visitor boleh buat adalah ambil gambar jela. Oh ya, kompleks ini saaaaaaaaaangat lah sejuk. Jangan lupa pakai snowcap, gloves, winter jacket siap-siap sebelum turun bas.

Sekitar kompleks: layang-layang ini dijual tanpa benang. Sebelum beli, mintak dulu benangnya!

--
Seterusnya, kami dibawa melawat ke kilang ubat (jual tampal koyok and stuffs) dan kilang Jade. Lawatan ke kilang-kilang ni agak nonsense sebab pelawat akan dibawak masuk dengar penjelasan dan lastly di suruh beli benda-benda yang diorang jual ni. Memanglah jade dengan ubat tradisional cina ni boleh dikatakan sebagai produk China tapi bila panjang sangat explanation, boleh jadi bosan jugak kan?

Sekitar Kilang jade dan Kilang ubat:

The only thing that I bought kat kilang jade ialah cop. 20yuan. Mungkin para wanita suka la singgah kilang jade ni. Oh ya, ada jual keledek stim kat luar kilang ni. RM5 Sebiji. Sedaaaaap!

No pictures please

Antara aksi penjual ubat derma. Lepas pegang besi panas dan buat stand up comedy, dia pun jual ubat yang boleh sembuhkan luka melecur. (and I actually bought it for 140yuan/RM70++ sebab kononnya ubat ni boleh guna untuk acne and pimples problem. Hampeh. Tak effective sangat)


Diluar kilang ubat.

Selepas lunch dan solat di restoren, kami bergerak ke daerah Badaling untuk melawat Tembok Besar Cina.
--

Hari kedua kami di Beijing boleh dikira sebagai kemuncak kepada trip ni lah sebab kami dibawa melawat ke Tembok Besar China. This is the main reason why we came actually. Great Wall terletak di sebelah utara Beijing. Cuaca di kawasan Great Wall sangat sejuk sebab terletak di kawasan bukit-bukau / gunung-ganang. Memang great lah sebab bukan senang nak bina tembok di lereng-lereng bukit. Buat gabion pun separuh mati (The Sainuris please note. Haha) Inikan tembok sepanjang 6000KM!

Pemandangan dari dalam bas

Sebelum memulakan trip hari kedua, kami dah check out hotel Cheng Feng terlebih dahulu. Hal ini kerana, (skemanya!) untuk lawatan ke Great Wall, kami perlu check in di Hotel berdekatan untuk memudahkan perjalanan ke lereng bukit bersalji untuk ice skiing pada keesokan harinya.


Gerbang Tembok Besar Cina

Alhamdulillah, ini wonder of the world yang pertama saya berjaya jejak. Bagi Superwoman, ini yang kedua selepas Piramid Giza. She is planning her quest ke Taj Mahal pulak lepas ni. Tapi tak tau bila nak pegi.


Family portrait

Naik penat, nak turun pun penat. Haha

Big boss kelihatan sejuk disitu


Penat nak mampus daki tangga-tangga Great Wall ni. Bagi yang ada athma, janga lupa bawak inhaler terutamanya kalau nak pegi time winter. Saya cadangkan pegi la time summer atau musim luruh. Lagi selesa nak daki. Kalau musim sejuk, ibarat daki gunung Kinabalu la jawabnya. Susah nak bernafas, kaki cepat kejang. Bagi yang tak yakin nak daki jangan daki sebab tangga nya sangat lah curam. Bahaya.

Lawatan kami berakhir di hotel. Dinner kemudian berehat untuk bermain ski esok harinya. Seronok jugak lah di Great Wall. Memang GREAT lah. Kesian buruh-buruh yang dikerah buat tembok ni. Terutama yang dikerah time musim sejuk. Konfem mati.


Brrr. . Sejuk boss! Sampai akhirnya Great Wall of China! I can invade planet earth with ease!

--

Okay people, stay tuned for Keroro's quest to Beijing update next week! till then, babai~

--

Day 2 Tips:

  • Bila dibawa ke kilang-kilang, jangan gamak sangat nak membeli. Kadang-kadang benda ni dijual pada harga yang lebih murah di pasar-pasar. Kilang-kilang ni agak mahal.
  • Makan minum disini tersangatlah tidak menepati taste bud orang Malaysia so, kena bersiap sedia dari aspek perut dan lidah. Makan ja apa yang ada.
  • Sedia kan winter jacket , glove dan snow cap bila-bila anda keluar dari hotel atau bas. Unless masuk kilang atau bangunan yang ada heater lah. Cuaca sangat sejuk. Sia-sia kalau demam.
  • Err.. tak terfikir la pulak nak kongsi apa. Nanti kalau dah ada idea, saya tambah lagi.



7 comments:

Datu Nazrin Arif said...

GABION!!!!!!!!!!!!

Admin said...

Gabionti

sanana said...

sainurians never forget the gabion and piling the sanana's way!!! haha nobody else knows how..

DrNurolSainuri said...

tanpa gabion, kita semua tidak akan terpilih untuk mewakili rumah sukan masing2 dalam acara lontar peluru!

Akak said...

akak mau like komen kak

Admin said...

like

Anis said...

Ya betul tentang terpedaya dengan jualan di kilang. Saya dah terkena. Beli ubat. Balik malaysia tak berani nak makan. Semua tulisan cina.

Blog Designed by The Single Momoirs