Nov 13, 2012

Pesta Kubis Kundasang 2012

Kamera: Leica Dlux 4
Lokasi: Kundasang Sabah

      

"Kalau di Sabah, seafood memang heaven lah!" antara dialog tipikal kita dengari bila sahabat/keluarga dari semenanjung datang bertandang ke Sabah. Tidak kurang jugak dialog ini "Sayur Sabah murah dan segar!". Kadang-kadang dialog ini juga boleh didengari "Sabahan men are hunks! pindik-pindik tagap kan? hihi" Malangnya saya pendek tapi tidak tagap.


Sayur, sayur! 3 seringgit 3 seringgit!

 Izinkan saya share serba sedikit sekitar Pesta Kubis Kundasang 2012, 13-14 Oktober. Pesta tahunan ini sangat meriah hinggakan Pekan Kundasang kehabisan tempat letak kereta! Penuh sampai saya pusing 2-3 kali cari parking. Pesta ini sesuai dengan namanya adalah untuk mempromosikan pekan Kundasang yang terkenal dengan sayur-sayurannya terutamanya kubis! Rangup dan crunchy gitttew.

Ramai kan!

Selain daripada gerai-gerai menjual sayur, terdapat juga gerai-gerai jualan yang lain. Dari insuran hingga lah bebola ayam. Tidak dilupakan gerai-gerai badan kerajaan yang mebuat aktiviti untuk para pengunjung.  Pesta diserikan dengan persembahan-persembahan kebudayaan disiang hari. Kemudian dibingitkan oleh karoke tanpa henti oleh penyanyi yang enggan berhenti menyanyi. Haha

Its in our blood. Kerja kerja juga, adat budaya jangan dilupa
Konvoi VW Beetles!
Memang benar sayuran di Sabah murah. Tapi kalau pergi restoren, mintak mixed vege silap-silap kena RM9 sepinggan untuk small portion. Maklumalah, negeri termiskin di Malaysia ini mempunyai kos sara hidup yang sangat tinggi. Harga rumah sungguh tidak masuk akal disini. Kak Rosmah please take note. Tips untuk mereka yang mahu menikmati seafood di Sabah, pegi pasar awal pagi di Sandakan, sewa homestay yang benarkan anda memasak. Masak la puas-puas. Sesungguhnya makan luar di Sabah sangat mahal. Bahan mentah yang murah.

Memang terik. Tapi nyaman. Macam di Aussie
 "Hi awek" Kataku kepadanya. Gadis ini merupakan gadis lokal. Gebu bukan? Saya syak jerawat saya akan hilang kalau stay sebulan lagi di sini. Beliau berbesar hati untuk menjadi hos saya untuk 2 hari di Kundasang. Terima kasih daun keladi, saya memang sudi untuk datang kembali.

Sudah puas ronda-ronda pekan, kami pergi ke tempat yang mempunyai altitude lebih tinggi untuk menikmati udara segar dan permandangan indah kaki Gunung Kinabalu.


Group photo! Rasa macam mahu golek-golek turun bukit. Lokasi di rahsiakan supaya tidak ramai yang akan datang kemari. Hehe

Demikian sahaja laporan dari saya. Majulah sukan untuk Karam Sigh Walia. Tujuan sebenar bukanlah untuk buat laporan Pesta Kubis 2012. Saja berkongsi keindahan Kundasang. Mohle ke Sabah!






2 comments:

A Wafi Nasip said...

wow..gambar last tu dekat mana?

Admin said...

rahsiaaa. hehe

Blog Designed by The Single Momoirs