May 15, 2011

Universiti 4 Musim: Part ii

Dengan berakhirnya paper terakhir tengahari tadi, dengan rasminya sem ni sudah selesai. Walaupun semangat study hilang entah kemana, dapat jugak la jawab soalan exam walaupun tak pasti betul atau tidak benda yg dijawab tu. Haha. Tak sabar rasanya mahu pegi window shopping kasut esok. Lama sudah tidak menambah koleksi kasut. Eh, dah beli Converse haritu kat Penang time ada sale kat Queensbay. Malangnya size tu agak kecik. Silap betul tak ambil size lagi besar.

 
 
Okeh, untuk tidak mengecewakan pembaca Universiti 4 Musim: Part i, saya sambung pulak dengan part ii. Kali ni Musim Tests, Assignment due, Presentation. Sesudah Musim Add Drop Course yang agak relax dan nyaman, tiba pula musim ribut taufan. Ni musim paling dibenci oleh semua mahasiswa/siswi seantero dunia. Tanya budak yang tiap sem dapat 4 flat pun akan kata musim ni diorang paling benci sekali. Apatah lagi geng-geng 'jin list' ni. Bukan dean's ya. J.I.N's List. Haha.



Biasanya musim ni berlaku dalam minggu ketiga-kelima dalam semester baru. Kemudian musim ni akan di drag sampai lah ke minggu kedua terakhir sebelum study week. Sebab apa? sebab assignment due. Biasanya lecturer akan bagitau projects, assignments dalam minggu kedua ketiga dan submission nya pulak dua minggu sebelum exam. Tapi ada jugak yg extreme sikit. Hantar sem depan. Ni kisah benar ya pembaca sekalian. Assignment sem ni submit sem depan. Hebat! itulah sebabnya siswa siswi di universiti dipanggil MAHAsiswa/wi.

Course mate, batch mate penulis. Dari kiri anda: @shafiqashahirol , @ahmadfarids, Ayoh yg tidak punya fb dan twitter buat masa ni dan kelihatan kurus disitu, last sekali @pauyghebat


Musim Tests, Assignment due, Presentation membuatkan semua rancangan bercuti student menjadi tergendala. Dari plan untuk keluar Ipoh sampai lah plan nak pegi ke Bangkok pada hujung minggu. Semua berasa perlu duduk kat kampus supaya boleh prepare untuk tests dan buat assignment walaupun hakikatnya memanglah duduk dalam kampus, tapi kerja tak siap study pun tidak. Layan movie dan series ada la. Haha.

Assignment siap 2-3hari sebelum due, test pulak study sehari sebelum test. Kira sia-sia jugaklah plan nak duduk dalam kampus untuk study dan siapkan kerja. Walaupun tahu rugi, tiap sem memang begini. Dah jadi lumrah tidak sihat budak-budak U. Jadi adik-adik, buang yg keroih, ambil yg jernih naa.

Berjuanglah hingga ke akhirnya. Sekadar gambar hiasan

Musim Tests, Assignment due, Presentation adalah musim yg crucial kerana: bila ditambah tambah semua markah test, assignment dan presentation ni, ianya akan merangkumi 60/50/40 daripada 100% markah course yg diambil.

Untuk pengetahuan adik-adik yg belum tahu, di universiti bukan macam SPM ya. 100% bergantung kat markah exam. Markah exam tu kadang-kadang 40% sahaja yg diambil. Lagi 60% dari test, assignment dan project. Itulah pasal Musim Tests, Assignment due, Presentation sangat membebankan dan menyesakkan kepala otak.

 Jangan mati kerana tidak siap assignment seperti cicak ini. Sekadar gambar hiasan.
 
Konklusinya disini, Musim Tests, Assignment due, Presentation tersangatlah penting untuk dilalui oleh para mahasiswa/siswi walaupun musim ini sangat stressful. Bersedialah adik-adik sekalian! hehe. Bagi gertak sikit. Tapi jangan risau.. selepas kesusahan pasti diikuti dengan kesenangan. Kesenangan itu ada di musim yg seterusnya (Musim Exam Week) . Setakat ni jela ye. Babai~


--
P/s- Kalau rajin tekan butang like facebook tu, rajin-rajin jugaklah untuk tinggalkan komen. Pertanyaan ka, nak kongsi pengalaman ka :)



5 comments:

DrNurolSainuri said...

kak dah tahun 5 tak merasa pulak apa yg kamu rasa.hehe

mcm tak masuk U je ..

Admin said...

ni dari pandangan seorang pelajar utp . hehe. mesti la lain2. tp rsanya tipikal student u local begini la

Aida The Pink Goddess said...

cicak apa tu mat?URRGHHH!!!

Admin said...

cicak mati kat toilet. hoho

lakshauhles said...

Hotel Las Vegas - Mapyro
Las 목포 출장안마 Vegas is a fun hotel and casino. The 강원도 출장마사지 casino is 순천 출장안마 not in the city center, but is 김해 출장마사지 close to a 광양 출장안마 large hotel with the biggest

Blog Designed by The Single Momoirs