Menerima skrol daripada Tun Mahathir. Agak teruja ketika itu |
Pada tanggal 21 Oktober 2012, berjaya sudah saya menerima skrol resmi ijazah sarjana muda Sistem Maklumat Perniagaan (BIS). Usai 4 tahun setengah pengajian termasuk asasi, kami semua akhirnya dianugerahkan sekeping sijil berbahasa melayu dan juga inggeris yg mengatakan tamatlah sudah pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh. Dalam diam sememangnya saya berbangga bila mengatakan UTP merupakan alma mater saya. Sejak memulakan pengajian hingga kini, PETRONAS tetap berkait dalam kehidupan kerna kini saya sudah mulai berkhidmat untuk syarikat multi nasional gergasi ini. Alhamdulillah.
Nota: Konvokesyen berlangsung selepas 9 bulan graduasi dari pengajian dan 4 bulan selepas lapor diri di tempat kerja.
Menuju Tronoh tercinta dengan kereta pinjam Mazda 2 |
Sesudah tiba di Kuala Lumpur dan bermalam semalaman disana (Baca: My Hotel), kami bertandang ke rumah keluarga di Ipoh. Atas keselesaan untuk berlengah, kami tiba agak lewat pada pagi konvokesyen. Pengajarannya, datang awal supaya tidak menggelabah seperti saya.
Kawan-kawan membantu memakaikan jubah |
Sekitar Majlis Konvokesyen |
Bergambar bersama ibu bapa |
Gambar ini sengaja di kepilkan khas buat Mas Qayyum yang tidak punya akaun Facebook |
Selesai majlis, kami bergegas ke Parit Buntar, Simpang 5 untuk bermalam di rumah Tok Wan. Oleh kerana lama tidak bersua, ziarah ini tetap kami laksanakan walaupun sedikit kelam kabut. Sebagai pemandu amatur di lebuh raya, kami tiba 2 jam selepas memecut dengan penuh hemat. Keesokan harinya kami pulang semula ke Kota Kinabalu.
Gambar atas: Bersama keluarga di Parit Buntar. Gambar bawah: Bersama Keluarga di Ipoh |
Kulaan takurihing mengiring. Keturunan saya yang serba ke Indonesiaan ini sangat majestik kerana wujudnya diversiti. Saya berbangga berketurunan Jawa Banjar walaupun di Sabah, Jawa masih tidak lagi diiktiraf sebagai bumiputera. Akan datang barangkali?
Apa pun, terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mak, abah, adik beradik saya, kekasih, saudara mara, Pak Cik Sarbini yang menjadi penjamin saya, pak cik macik, penaja, para tenaga pengajar dari tadika hingga ke menara gading, Tok Ayah kerana menerima kami sebagai tetamu, Tok Wan, Atok, Nenek, Tok-tok, ABIM 187, KgBer5, rakan-rakan, kawan rapat dan semua yang membantu. Ini satu kurnia Nya. Terima kasih.
Nota: Entri ini ditulis pada Hari Raya Eiduladha 2012. Selamat hari raya!
Nota: Entri ini ditulis pada Hari Raya Eiduladha 2012. Selamat hari raya!
8 comments:
Yay farid-kun bagi 'juadah hari' raya. ;)
Terima kasih bertandan rai. selamat hari raya!
Terima kasih tidak diucapkan?
tidak, tidak diucapkan
noted with thanks
Tahniah..
Semoga brjaya;-)
Luar biasa... berkhitmahlah untuk Islam... kunjungi balik ya... Terapi Akupuntur
alamak bestnya dapat scroll dr Tun.:)
As-salam tumpang tanya,
bolehkah nyatakan nama syarikat jurugambar rasmi pada konvokesyen utp 2012.
Kalau tak silap kedainya di Shah Alam.
Maaf menggangu dan terima kasih.
Post a Comment