Apr 2, 2011

of Penang and Nasi Kandar Line Clear (Part i)

Mai pekena Nasik kandaq Line Clear!


Oleh kerana Nuffnang baru sahaja menambah lagi buffered earning, dengan tidak semena-mena saya bersemangat untuk menulis laporan travelogue kami ke Penang baru-baru ni. Sebenarnya dah lama kami plan nak ke Penang. Kejap Penang, kejap Genting Highland.. Tak ter decide kami dibuatnya. Oleh kerana para ahli rumah semuanya kaki makan walaupun tak la berapa nak berisi, kami memilih untuk Jalan - Jalan Cari Makan (JJCM) Penang! 

Di sebalik tabir..

Rancangan Penang ni hampir-hampir dibatalkan memandangkan ketika ini semua ahli rumah telah kehabisan wang. Hujung bulan la katakan.. dan scholar belum masuk! (Yup, kami semua menerima elaun sara hidup setiap bulan dari syarikat gali minyak). Tak disangka-sangka, pada Sabtu pagi (26 Mac 2011) elaun telah pun di Bank in! Kami bertekad untuk bergerak ke Penang dalam pukul 11am walaupun kalau ikut kira-kira matematik, dah lewat dah sebab perjalanan dari UTP ke Penang mengambil masa 3 jam. Kami kena jugak ke Penang sebab kebanyakan kami baru menempuh 2-4 test dan satu FYP presentation. Ini masanya untuk memanjakan diri!


Wan Syazwan, seorang pemuda dari Kulim yang mahir selok belok Penang. Menjadi tour guide bersama Fathi. Kereta Waja milik Wan Syazwan diperiksa terlebih dahulu agar perjalanan lancar.

Ke Pulau Pinang menaiki feri dari Seberang Perai. Seronok menghirup udara nyaman + renjisan air hujan renyai-renyai


Destinasi pertama kami ialah Nasi Kandar Line Clear (NKLC)! Terima kasih kepada gajet canggih Fathi dan Piji mencari jalan ke warung NKLC. Kami semua mengalami ketaq lutut kerana terlalu lapaq. NKLC boleh dikatakan antara nasi kandar yang terkenal disini disamping Nasi Kandar Beratur (beratoq), Kayu dan Pelita. Oleh kerana Kayu dan Pelita terlalu komersial, kami memilih NKLC. (Wan tak tau jalan nak pi Nasi Kandar Beratur. Dia tau pi Line Clear ja.)


Ayam garing yang enak!



Pelbagai lauk untuk menjadi santapan kami!



Yang ini saya punya. Kuah campur + ayam + bendi 2 ketul + Teh o Ice = RM7.50


Bagi yang pertama kali ke NKLC, pasti akan mengalami kejutan budaya sebab nasi dihidangkan menggunakan tangan (bare hand) tanpa sarung tangan. Kaut nasi, kuah pakai senduk la. Tapi part potong ayam, letak timun, papadom, semua menggunkan tangan. Mungkin sebab tu NKLC sedap. Ada enzim-enzim tambahan. Hehe.

Masyarakat dari pelbagai latar belakang menjamu selera disini.


Nak kata sedap memang sedap la sebab saya penggemar nasi kandar. Time kami makan tu pulak memang tengah lapar gila. RM6.50 memang puas hati la.. Aizat kata macam Man Vs Food. Pinggan tu memang penuh lah. Makan sampai perut membuncit. Haha.

Kepala ikan pun ada


Oleh kerana kami terlalu kenyang, kami perlu merelax kan perut dengan berjalan-jalan window shopping. Mall yang terdekat ialah Gurney Plaza. Tiada yang menarik disini. Tipikal. Cuma yang menarik perhatian kami ialah Cafe yang berkonsep kan Clinic di tingkat atas mall. Kerusi nya digantikan dengan wheelchair dan jugak katil-katil hostpital. Seram jugak la.. Sos pun letak dalam picagari. Kami tengok dari luar dengan jakun tapi tak nak masuk sebab dah kenyang. 

Pelayan spoil tak pakai baju nurse .Hehe


Sesudah bosan di Gurney Mall, kami menuju Batu Ferringhi. Bukan untuk ke pantai tapi untuk bertemu dengan satu lagi rombongan (Rombongan Ayoh) yang telah sampai lebih awal daripada kami. Kami berpakat untuk bertemu di Hard Rock Hotel. 

Posing budak-budak yang baru nak up depan Gurney Plaza. Wan, Saya, Piji dan Haizat.


Ketika on the way nak ke Hard Rock Hotel, kami sempat menanyakan beberapa hotel dan motel untuk disewa memandangkan hari sudah semakin senja dan kami tak nak kelam kabut balik kampus tengah-tengah malam. Malangnya, kebanyakannya mahal dan sudah penuh. Terpaksa menggunakan khidmat iPhone 4 milik Piji untuk menggugel homestay murah di mudah.my. Terima kasih teknologi! Kami akhirnya dapat membook homestay. Sebuah apartment 3 bilik pada kadar RM100 satu malam. Seorang bayar RM20 la kiranya. Kami datang berlima. Malangnya (Rombongan Ayoh) tak nak stay back. Nak balik jugak malam tu.. kalau tak lagi jimat la.  


The Beatles @ Hard Rock Hotel, Penang.


Nothing much kat Hard Rock ni. Selain suasana yang agak unik, cafe yang rock, kedai yang jual tshirt Hard Rock, nothing much to do here. Kalau nak pegi pantai belakang hotel, hari dah gelap + Hujan yang semakin melebat. Local kata dah seminggu Penang hujan non stop. Tepat jam 8.30 PM, Hotel bergelap. Rupa-rupanya earth Hour. Lagi la bosan jadinya. Dah la hujan lebat, cafe pulak penuh, so tempat untuk lepak either luar hotel yang berbumbung atau lepak lobby hotel dengar live band sambil order makanan/minuman. Oleh kerana tak nak mebazir beli kopi harga lebih kurang starbucks kat sini, kami meninggalkan Rombongan Ayoh untuk lepak di Hard Rock Hotel sambil dengar live band. Kami perlu bertemu tuan punya homestay di bangunan Pisa. 5 minit dari Queensbay Mall. 


3 bilik, Ruang tamu yang luas dan bersih, memang terurus rapi + air con


Dari 3 bilik, kami guna 1 bilik je untuk tidur. Haha. Gabung tilam, tidur ramai-ramai.


Shower ada heater! Sabun beli sendiri.

Homestay ni sangat lah recommended bagi yang datang beramai-ramai dan nak berjimat. Kalau duduk hotel yang tak berapa nak 3-5 star, satu bilik dah 90-100, satu queen size bed. Kalau lebih, pihak hotel charge lagi. Kalai homestay ni, ambil satu rumah, dapat 3 bilik. Nak tidur kat ruang tamu pun boleh. Nak masak pun boleh. Masak maggi jela tapi. Homestay ni apartment. Tuan rumah sediakan parking khas lagi sebijik untuk parking dalam apartment. Ni number nya: 0147433699 (Julie). Apartment ni dekat Relau. Dekat dengan Queensbay Mall. Dalam 5 - 10 minit driving. Kalau nak pegi Bukit Bendera dalam 10KM dari apartment. 


Mengalas perut di Padang Kota selepas berehat sebentar di rumah. Pesemboq best, char kuew tiau tak best. Sini bukan tempat nya.


Kami akhiri malam dengan karoke di Hiburan Sihat Sekeluarga! Haha. Sihat! Kami kena tidur awal sebab nak bangun awal. Kalau nak pegi Bukit Bendera kena pegi awal. Baru syok. Sejuk.


Tak kira ikut jam. Ikut per lagu. RM1/ lagu. 


Vintage. Kami semua setuju ini adalah outing terbaik setakat ni. Malangnya Hadi, Izzat dan Zairul tak dapat bersama.


Setakat ini laporan untuk hari pertama. Nanti bosan pulak kalau panjang sangat. Nantikan Part ii yang penuh tragedi dan kesedihan! Sampai disini sahaja, babai~


9 comments:

kumfye said...

i think nasi kandar line clear is the best in penang...i had tried once...very nice

Admin said...

so, we went to the right place la kan? hehe. where to find best prawn mee and char kuew tiau?

Anonymous said...

julie wohoo

Admin said...

rumie dan julie~

Datu Nazrin Arif said...

rindunya masa nak adventure mcmtu. skrg semua dah teratur & skeptical.

Admin said...

kami tidak lah se adventurer yg dibayangkan. kami juga skema. haha

Unknown said...

Dlm list lagu karaoke tu ada lagu female artist, .. weeii siapakah gerangan yg bersuara nada tinggi tuh?

Admin said...

haha. telitinya! :D adalah..

nenek ketiau said...

ada juga homestay 100 di penang ya. Sangat berbaloi untuk family outing..

Boleh la amat bawa kami jalan di penang nanti..

Blog Designed by The Single Momoirs