Feb 13, 2011

Batu Gajah - KL - Jakarta - Bandung (Part iii)

5 February 2011

Hotel 88, Jl Mangga Dua, Jakarta - Bandung Homestay


Tajuk masih sama sebab for the last 2 days, kami habiskan masa di Bandung. Cuma tarikh saja yang berbeza. Sebelum tu, terima kasih lah sebab ramai yang like dan komen. Memang sangat membantu dalam memberi dorongan untuk terus mengupdate. Hehe.

Welcome to Bandung! (tak pasti kat Jakarta atau Bandung roti K*** ni)

It took almost 5 hours rasanya ke Bandung sebab jalan raya agak sesak. 4 ++ hours lah. Ketibaan kami di Travellya Homestay di sambut mesra oleh keluarga Cik Nelly. Tuan rumah memang menunggu ketibaan kami sebelum diorang pulang ke Jakarta untuk bagi kunci. Peramah orangnya parents Cik Nelly ni dan agak berada. The father drives Toyota Camry kalau tak silap dan rumah di Bandung tu is their second house.

The homestay (pic captured the next morning)

Malam pertama di Bandung kami tak buat apa-apa pun. Settle down, pilih bilik, mandi and stuff, kami cari wartel (Warung Telefon) untuk buat international call. Kawasan luar rumah homestay tu ada banyak rumah kedai. Dan secara tak sengaja kami terjumpa cyber cafe. Time tu lah saya update status facebook. Sekali tu je. Pastu tak bukak dah sampai balik Malaysia. OTW balik ke rumah selepas online, (Wartel tak bukak dah time tu. Padahal baru pukul 8-9 waktu tempatan) singgah kedai runcit beli kopi. Saja nak pekena minuman panas malam-malam. Lepas the 1st group sampai rumah dengan 3 in 1, 2nd group pulak keluar beli kopi + megi indonesia.

Kita minum dulu!

Malam tu tak buat apa-apa kecuali tengok TV. Itinerary kat Bandung dah kami bagitau kat supir awaaaaaaal lagi. Dah email sebelum sampai Indonesia. Esok pagi, the first place to go is Tangkuban Perahu. Oh, lupa nak bagitau. Kami tak guna kipas mahupun penghawa dingin dalam rumah ni. Memang nyaman udara nya. Tak panas. Kipasnya kipas alami orang sini bilang.

Tangkuban Parahu akhirnya..

Anginnya sungguh kuat sampai rambutku yang keras mampu menggerbang!

Dan bau sulfurnya sungguh kuat

Perjalanan ke Tangkuban Perahu dari rumah mengambil masa 1 jam lebih seingat saya. Jalan nya bengkang bengkok. Pening kepala jadi penumpang. Sebelum sampai disana, kami singgah dulu di kebun strawberi. Nothing special. I bought the yoghurt there. It was nice. Rasa strawberi. (Mestilah!) Untuk masuk ke kawasan Tangkuban Perahu tu, pengunjng perlu bayar entrance fee dan mobile punya entrance. Aktiviti yg boleh dilakukan? uhm.. makan jagung bakar, minum kelapa + halia, ambil gambar.. itu saja la rasanya.

kami menikmati jagung bakar dan udara nyaman di Tangkuban Perahu di warung ini

Selepas beberapa jam di Tangkuban, kami turun ke bandar Bandung untuk SHOPPING!!!!!!! Our first spot is factory outlets at Jl Dago. Kemudian ke Jl Chihampelas Dago banyak jual barangan branded yang low class dan imitation. Kat Chihampelas banyak baju orang-orang muda. Perjalanan dari Dago ke Chihampelas sangat lah sesak! Masa banyak terbuang sangkut dalam jem.

Grande @ Jl Dago

Air Rifles @ Jl Chihampelas

Dah bosan window shop dan shop, dan ketika itu hari sudah malam, kami meminta Mas Supir @ Egie bawak kami ke mall yang terkenal di Bandung iaitu PARIS VAN JAVA! tempat ni jual benda-benda yang sangat branded dan mahal. selepas Mall, kami singgah makan kat kedai tepi jalan makan bakso + indomiee. Power gila! Sedap, murah. The beverages pun murah dan sedap. Kalau pegi Indo, jangan lupa order es jeruk. Sedap betul limau ais depa. Dah puas melantak kami bantai murtabak daging + murtabak manis pulak. Dua ni pun sodap jugak. I personally honestly love Bandung! except kemacetannya. The traffic is soo ridiculous. Haha.

Kami tak nak bergambar dalam mall sebab nanti orang tengok jakun sangat. BTW, MU Cafe ada kat dalam PARIS VAN JAVA.

Ask the locals where is MARTABAK INDONESIA PAK SALIM and try it yourself!

Murtabak daging

Murtabak manis+cheese nipis

Kami tak makan di situ murtabak-murtabak yang dipesan. Sebab semua dah kenyang. Kami bawak bali dan peghabih kat rumah. Malam tu fiesta murtabak la kami bertujuh. First day shopping at bandung, I only bought a tee for RM16. Tak berminat sangat dengan factory outlet. Malam tu, rutin yang sama macam semalam, tengok TV, bla bla bla and tidur. Kami sampai rumah pun dah lewat. Kami tak jumpa nite life kat Bandung. Tak tau mana orang muda Bandung lepak dikala malam.

6 February 2011

Our first destination for the day is PASAR BARU BANDUNG. Pasar Baru ni ialah mall yang menjual baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak kain-kain, pakaian muslim/mah dan blouse-blouse wanita. Tempat ni memang heaven bagi para ibu-ibu. Bapak-bapak pun boleh layan sekali lah. Di Pasar Baru lah tempat orang borong telekung, baju-baju melayu bersulam dsbgnya. Memang extra cheap lah. Jangan lupa singgah! Ibought some telekungs for the women at home and baju melayu bersulam for my father here.

Too bad we didn't capture any images while in Pasar Baru. Here's google's image findings on Pasar Baru Bandung.

Honestly, this is the day I've been waiting for. The day we go to Bandung Distros! (Distributors) They made their own brand and produce their clothes. It was cheap, neat and funky. Sesuai untuk orang muda. Factory outlets are lame. (For me lah. Hehe). Tak semua suka factory outlets dan tak semua suka Distros. Ikut taste masing-masing lah. Distro ni terletak kat Jl Trunojoyo dan Jl Sultan Agung. Banyak lagi actually tapi kami pegi 2 ni je. Tu pun dah letih. Banyak sangat kedai! Selepas ke Distro, kami ke Jl Dago sekali lagi sebab ada request dari Ayoh @ Hanief nak shop disitu LAGI. Hehe.

Screw are lets dance @ Distro

Distro berderet

Oleh kerana ada yang belum puas explore distro, kami pecah kepada 2 kumpulan selepas melawat Jl Dago. Group A (Qayyum, Ayoh, Adam / tak minat distro) pegi mengurut (yang legal ya. Bukan yg ada extra service) Group B (Pau, Nua, Kecik and me) pegi shopping lagi kat distro Jl Sultan Agung. Time ni lah rupiah saya mula berkurangan. Haha.

They got nice shops, clothes and manners!

They even import indie brands from UK such as Dropdead

Evil Shop - Too bad the freebies were "ngak ada udah abish!, terima kashiiihh :D"

The nite did not end yet. I cant finish the whole Batu Gajah - KL - Jakarta - Bandung trip in 1 post. Panjang sangat kan? Let me write the finale part on the next post. C U Later!




I said it before and I'll say it again; Thanks for those who support malaysiasmack! :)

P/s- Walaupun entri ini macam pendek, it took a lot of effort for me to recall the trip and to type. So, it is much appreciated if you can at least click the like button (kat atas tuu) if you have a facebook account (and if you like the post) or leave comments for me. Baru ada semangat sikit nak menulis lagi. hehe. Terima kasih! :)

6 comments:

Anonymous said...

mas farid,

roti bakar kote tu di bandoeng..
walaupun dah 2x trip pegi distro, sadly ade gak yg telepas kerna malangnya masa "nggak ada udah abishh"..

mr. p

Admin said...

itula pasal.. itu tandanya, kena pegi lagi! hehe

btw Mr P, kita singgah pasar baru terlebih dahulu bukan? just added one paragraph about pasar baru . Terlupa

abu ubaidah said...

seluar tu mcm kenal,cargo hijau haha,amat alter bg kecik ka ?

Admin said...

aik? prasan lg tu. haha. kalau tak bagi kecik, mmg tak terpakai la sluar tu

Ms and Mr Red Ribbon said...

waaa baru baca entry nih... mekaseh dah datang ke Bandung, next time nak datang lagi bole roger2 :)

Admin said...

orite ms ribbon! :)
p/s-bagila discount skit. hehe

Blog Designed by The Single Momoirs