Dec 27, 2011

Exclusive Photos of Travelog Saya

Belum pernah disiarkan di mana-mana media. Sebagai kenangan in case ter format computer tanpa back up. Program ini berlangsung pada 24-29 Dis 2009. Dikenali sebagai Kembara Amal 5, anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan beberapa badan NGO dan kerajaan yang lain. Kembara dilakukan di 3 kampung di dalam kawasan pedalaman daerah ranau. Kg Sumbilingan, Kg Togup Darat, Kg Morungin. Jalan memang gravel dan coverage tidak ada langsung. Even Celcom.

Tidak pasti kampung yg mana satu. Tapi kampung ini dilengkapi teknologi solar untuk menjana elektrik. Lebih murah berbanding buat tiang eletrik untuk capaikan kabel elektrik ke dalam kampung.



Rumah-rumah penduduk kampung

Bersama orang kuat Ranau. Tuan Soleh. Memang soleh dan berbakat besar dalam bidang masakan.

Sungai dibelakang memisahkan kampung dengan jalan utama. So kena redah pakai 4X4 sungai tu. Cool bukan? Tapi kami cuma guna Perodua Kembara. Memang tak lepas. Parking seberang sungai, titi jambatan gantung ke kampung sebelah.

Jambatan gantung

Tolong memasak di dapur

Menjadi wakil rombongan bagi menyumbangkan bantuan kepada penduduk kampung

Sharing session dengan penduduk setempat. Kampung ni kalau tidak silap Kg Togup Darat. Gereja dan surau  tersangatlah dekat. Tetapi tetap muhibbah. Tiada masalah langsung. Semua saudara mara juga, cuma agama berbeda.

Group photo!

Ala-ala Camel Trophy kononnya.

2 tahun simpan sebelum menjadi tatapan umum sebab takut terdelete. Nanti habis kenangan. Kalau share dalam blog at least gambar-gambar ni masih ada.

3 comments:

Hakim KOT said...

mcm DS dh ak tgk..hik3

Admin said...

DS tu apa dia? dato seri? haha

Hakim KOT said...

datin seri..aaauuwww

Blog Designed by The Single Momoirs