Terlalu banyak rancangan tapi belum boleh dilaksanakan sebabnya, saya merancang apa yang ada ditangan. Bukan yang diangan-angankan. Bagi penggemar kumpulan nasyid Nowseeheart mesti kata..
"Peh, ambil lirik lagu la pulak". - Rancang dengan apa yang ada di tangan, Bukan yang kita angan-angankan. Rancangan untuk merasa winter sambil tengok snow turun di Korea Selatan tak kesampaian sebabnya keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Begitu juga dengan rancangan ke Cambodia dan Perancis.
Kan seronok kalau ada orang boleh taja kita melancong!
Tidak mampu ke Christchurch, ke Mensilau Kundasang pun jadilah! Credit to Khir. Oh, yg disebelah tu cik Benazir saya. Dah baca entri terbaru beliau? pengalaman umrah di kota suci episod 5.
Selain rancangan untuk melancong, rancangan untuk membeli barangan idaman pun kena tangguh terlebih dahulu. Belanjawan peribadi perlu disalurkan ke usahasama (joint venture) antara saya dengan Distro Republic untuk membawakan warga Kota Kinabalu celana-celana dan kaos-kaos yang cantik keluaran Petersaysdenim(PSD) dari Bandung, Indonesia. Harap-harap semua berjalan lancar. Kalau tiada aral melintang, sebelum September, barangan-barangan PSD boleh mula didapati di Kota Kinabalu :)
Untuk usahasama ni, any trips need to be postponed dan iphone pun perlu tangguh dulu. Belum lagi boleh dimiliki. Mungkin tahun depan? Silap-silap dah boleh beli iphone 5 dah time tu. Kalau ada duit lebih, macam nak beli gadget ni sekali:
Nokia n9! More pics here
Classy
Walaupun zaman Nokia sudah hampir-hampir terkubur, n9 ni menarik minat saya sebagaimana iphone4 captured my attention for the first time I saw it. Seriously gonna buy one! Fizikal nya pun sudah cukup menarik untuk dimiliki. Sangat sesuai untuk menggantikan n70 saya yang sudah lama berjasa. (Baru 4 tahun) Hehe.
--
Sebenarnya entri ni ditulis supaya pelaburan terbesar saya dalam dunia perniagaan tak hilang dari ingatan. At least, this entry will be on the internet for the next 10 years kalau Blogspot tak buat hal. Same intention with these entries Baju dan Orang di Sebalik Tabir dan Bape Wannabe at Ikanstim 2.0 my mixed up blog. Those entries are dedicated to our clothing line: 187 Ltd Clothing. Bersama dengan rakan-rakan buat design, print, jual baju-baju.
Seingat saya, perniagaan pertama yang melibatkan modal lebih dari RM3,000 ialah 187 Ltd Clothing ni. Ketika itu berumur 18 tahun. Withdraw duit dari Tabung Haji dan start berniaga. I actually withdrew RM5,000 selama berniaga jual baju ni. Selain jual baju, buat servis printing secara sampingan jugak. Memang seronok buat printing service sebab saya jadi orang tengah. Duduk depan laptop, urus order dan duit. Tak perlu turun padang buat sales. Alhamdulillah, tahun 2009 business dah breakeven dan ada untung. Too bad 187 pun berhenti takat tu.
Perfect Bandung except for the macet-ness!
2009-2011 saya terlibat dengan Akak dan suami buat business kecil kecilan dan berhenti langsung dari dunia fashion (Cewah). Tapi selepas melancong ke Bandung baru-baru ni, dah rasa kena trigger balik untuk masuk semula dalam apparel industry and I have decided to invest big to earn big (currently the biggest investment I have ever made) and learn as much as I could on retailing and import business. I chose Petersaysdenim(PSD) dari banyak-banyak brand yg available sebab it has its own unique ness and people are craving to own it. Lets pray it will sell fast in Kota Kinabalu nanti :)
Rasanya, that's all I want to share this time. Ada dua entri lagi yang masih tertangguh sebenarnya. Yang pertamanya siri Universiti 4 Musim:
Musim Exam tak tertulis-tulis lagi. Dan yang satu lagi entri dari anonymous contributor Mr/s X . Belum lagi di publish. Sorry ya Mr/s X!
Till next time! Bye :D
--
P.s- Boleh sesiapa recommend buku untuk saya pinjam dari library universiti? Hari tu dah habis baca Kiyosaki's series: Who took my money dan Before You quit your job. Buku apa lagi yang menarik? tak kisah la pasal finance atau apa-apa sekali pun. Yang penting bukan novel cinta. Haha. July dan September ni banyak travel Ipoh-KL-KK-KCH. Kena bawak buku. Kalau tak boleh mati kebosanan. Maklumlah, saya ada ipod Shuffle sahaja.. tiada gadget untuk di sentuh-sentuh time travelling.
0 comments:
Post a Comment