May 29, 2011

Universiti 4 Musim: Part iii

  1. Musim Add drop course
  2. Musim Tests, Assignment due, Presentation
  3. Musim Study Week
  4. Musim Exam

    Okay, part iii ialah Musim Study Week. After a looong hiatus, akhirnya dapat jugak kita sambung series Universiti 4 Musim ni. Hehe. Bukan sebab busy tapi sebab malas. Haha. So lets get started



    Musim Study Week ialah musim yang ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa/siswi seantero dunia. Sebab pertamanya boleh study puas-puas untuk menghadapi exam, dan sebab keduanya ialah boleh bersuka ria selepas penat berhempas pulas di Musim Tests, Assignment due, Presentation. Siapa yang tak suka study week mesti jenis gabra nak ambil exam. :D

    Biasanya Study week adalah masa free untuk student bersiap siaga sebelum menghadapi exam dan masa free tu ialah selama seminggu. Yang tak bestnya, kadang-kadang ada jugak lecturer atau tutor yg buat kelas ganti la, assignment submission extend sampai ke study week la, presentation dan sebagainya. Well, I treat the week as my 1 week holiday so I don't expect any academic works lah. Nak rehat seminggu. Cewah.

    Bersama Fathi menjamah Ayam Kampung dan Belut masak ala Thai. Masa study week la paling sesuai untuk mencuba makanan-makanan kat Ipoh ni.

    Paling extreme sekali kalau ada yg plan pergi bercuti luar negara time study week. Tapi tak di galakkan sangatlah. Manala tau tiba-tiba stuck kat imigresen ka, kena culik ka, kena quarantine kat sana ka kan dah tak boleh ambil exam. Apa pun tabley. Kalau dalam negeri pun jangan pegi jauh sangat. The further yg go, the higher the risk. You don't want to retake your final exam next semester arent you? Kalau setakat pegi cameron macam kami pegi dulu ok la. 2 jam je drive.


    Konklusinya adik-adik, tak perlu serabut bila exam is only 1 week ahead sebab ada nya Musim Study Week untuk layan movie puas-puas dan jalan-jalan.Tapi jangan pulak balun 1 minggu tu sampai habis. Haha. Nanti tak sempat nak study. Hari ke 3-4 sebelum habis study week tu focus la untuk revision. Enjoy time awal-awal minggu tu je. Bila tulis entri ni rasa tak sabar pulak nak study week walaupun kelas tak start lagi. Haha :D

    Ok lah, ini saja buat masa ni. Jumpa lagi! Bye~

      2 comments:

      mak said...

      Kalau dah nama study week tu study lah... hehehe

      All the best!

      Admin said...

      hehe.study ba. tp lmbat sikit.

      Blog Designed by The Single Momoirs