Kononnya nak beli tiket ke Korea Selatan September ni. Tapi macam kurang best sebab bukan winter. Lagipun, tak da kawan nak pegi. Tangguh lagi la plan nak melancong tahun ni. Mengikut perancangannya, mesti travel ke luar negara setahun sekali. Cewah. Kalau masa dan duit mengizinkan la. Hehe
Berbalik kepada universiti 4 musim, abang (?) ada cerita untuk adik-adik yg bakal masuk ke alam universiti ni. Walaupun adik-adik tak dapat masuk universiti luar negara yg bercuaca 4 musim, di mana-mana universiti kat dunia ni pun ada 4 musim. So janganla sedih sangat bila tak dapat sambung study kat oversea. Bezanya, tak perlu keluar duit beli winter jaket je pun. Hoho. Bagi yg study kat Tronoh mesti kata," kejadah 4 musim, kami summer 365 hari setahun kot kat sini". Haha.
4 Musim itu ialah:
- Musim Add drop course
- Musim Tests, Assignment due, Presentation
- Musim Study Week
- Musim Exam
Musim Add Drop Course ni boleh dikatakan musim pertama yg perlu dilalui oleh para mahasiswa/siswi seluruh dunia sebab kalau tak add drop courses, nanti tak boleh nak sambung study. Biasanya, minggu pertama dalam satu semester baru adalah musim Add Drop Course. Personally, ni musim pertama yg saya cukup suka. Haha. Sebab time ni kuliah belum ada attendance sebab student tak confirm kan lagi enrollment, dan lab/tutorial belum bermula. Masa ini lah masa untuk melancong! Haha. Ni memang situasi normal di UTP. Tak pasti pulak kat U lain macamana.
Let me share a little bit of a typical first week of the semester for a UTPian. Biasanya registrar akan mintak student register course sebelum semester berakhir (kadang-kadang time study week, kadang-kadang time exam). Time ni student biasanya akan play safe dengan mendaftar sebanyak mungkin course yang ditawarkan sem depan sebab masih ada add drop course period. Time add drop course period tu, student boleh drop course yang dia tak bekenan, dan tambah course yg dia perlu ambil sem tu. That is why lectures during add drop course period usually don't have attendance. Sebab ada yang masuk kelas untuk ambil feel je. Kalau tak bekenan boleh drop. Kalau berminat boleh add.
Musim Add Drop Course: Berlibur di Jakarta / Bandung
So adik-adik sekalian, ingatlah pesan abang (lagi?) ni. Manfaatkan Musim Add Drop Course sebaiknya sebab musim itu adalah musim yang relax dan tidak menyusutkan kepala otak sebab lepas musim add drop course akan tiba Musim Tests, Assignment due, Presentation yang boleh diibaratkan macam musim ribut taufan la kat universiti. Haha.
Cukup buat masa ni okay. Ini baru Part i. Memandangkan ada 4 musim, InsyaAllah ada 4 part la kan? (Sengaja buat ber part-part supaya ada modal nak menulis. Hehe) Good Luck! bagi yang ada exam, dan Selamat Meng-gemuk! bagi yg dah start bercuti. Boleh makan masakan mak kat rumah banyak-banyak.
Jumpa lagi, Babai~
0 comments:
Post a Comment