Mar 7, 2011

Mengembara Ke Turki Tanpa Visa #2

Siri Mengembara Ke Turki Tanpa Visa nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung Travelog Saya. Ini yang buat saya semangat nak menulis nih. Hehe. Bagi yang belum sempat membaca siri Mengembara Ke Turki Tanpa Visa #1, jangan malu-malu untuk membacanya terlebih dahulu. Nanti tertinggal pulak part 1, lompat terus ke part2. Oh ya, untuk pengetahuan tuan puan, adik abang sekalian, Siri ini saya labelkan dibawah label Info Travel. Boleh baca compilation Info Travel yang saya tulis di situ.

Sejujurnya, saya sendiri belum pernah menjejak benua Eropah dimana Turki berada. Apatah lagi Afrika. (Sila baca Ethiopia: Negara Yang Mempunyai 13 Bulan Dalam Setahun) Tetapi, oleh kerana sangat berminat untuk kesana bila ada peluang, I do a little bit of reading about Turkey and share with you. Bagi sesiapa yang pernah pergi ke Turki, kongsilah pengalaman anda diruangan komen. Jangan malu-malu :)

http://www.naqshbandi.org/ottomans/images/Ottoman_Crest.gif
Ottoman Crest

Untuk justifikasi ke 3 sebab untuk melawat Turki adalah: di dalam sejarah moden dunia, banyak-banyak "negara Islam" di dunia ni, "negara Islam" manakah yang pernah menjadi kuasa besar dunia tanpa mengamalkan sistem demokrasi? A. Indonesia, B. Brunei, C.Arab Saudi D. Turki hah, jawab. Apa jawapannya?


Mestilah D kan? Dah tajuk pun Mengembara Ke Turki Tanpa Visa. Hehe. Sebelum saya menghurai dengan lebih lanjut, mari kita baca sedikit petikan tulisan dari blog SaifulIslam:

http://www.pixelita.com/wp-content/uploads/2009/11/turkey.jpg

“Anta perasan tak apa nama ayam ni dalam Bahasa Arab?”, saya bertanya kepada Yusran, teman serumah.


“Hmm, Dik Roomi, kan? Ayam Rom”, jawabnya.

“Ok, nama ayam ni dalam Bahasa Inggeris?”, saya meneruskan pertanyaan.

“Turkey!”, kata Yusran lagi.

“Haha, apa pula namanya dalam Bahasa Melayu?”, saya menyambung lagi soalan.

“Ayam Belanda!”, Yusran sudah mula ketawa. Dia mula memahami maksud soalan saya.

“Hah, orang Melayu panggil ayam Belanda, orang Arab panggil ayam Rom dan orang Barat panggil ayam Turki. Apa maknanya tu?”, saya cuba menyimpulkan soalan itu tadi.

Yusran tersenyum. Dia memang kurang bercakap. Tetapi senyumannya itu bermaksud yang dia sudah dapat menangkap maksud pertanyaan saya.

Memang benar, ada seekor ayam ini, dinamakan dengan nama musuh. Orang Melayu memerangi orang Belanda. Maka apabila mereka makan ayam ini, agaknya mereka bayangkan yang mereka sedang melapah musuh. Barat pun sama juga. Ketika mereka memotong-motong dada, kepak, dan peha ayam ini, mungkin mereka membayangkan betapa lazatnya kalau Turki itu dapat disembelih seperti ini. Orang Arab di Syam pula membenci kuasa Rom.

Wah, elok satu dunia namakan ayam ini sekarang ayam Amerika. Biar berselera sikit kita memanggangnya!

--

Nampak remeh, tapi sebenarnya besar maksudnya bagi sesetengah generasi. Terlalu berdendam sampaikan membayangkan nak melapah-lapah pihak lawan. Turki sebelum tahun 20an diperintah oleh khalifah menggunakan sistem khalifah atau caliphate dalam inggeris. Kerajaan Uthmaniah tetap disegani dan digeruni oleh barat walaupun tidak mengamalkan demokrasi yang dicanang dunia barat sebagai sistem pemerintahan paling berkesan dan moden.


Al Nakba 1948 - Kewujudan Negara Haram Israel


Dengan ada kuasa besar negara Islam, barat tak berani nak membuli negara Islam yang lain. Time ni Palestin masih merdeka dan yahudi masih hidup dalam buangan sehinggalah tahun 1948 ketika PBB menisytiharkan kewujudan Negara Haram Israel. Sebelum tahun 1924, empayar Turki Uthmaniah yang berpusat di Istanbul mampu untuk melawan barat. Bukan macam sekarang. Tak da satu negara Islam pun (yang berdaftar dengan OIC dan segala macam pertubuhan atas nama Islam) yang mampu menggertak Barat bila di usik walaupun sumber minyak melimpah ruah. (shame on you Arab Saudi)

Semua ini berlaku kerana, Thanks to him the so called The Father of Modern Turkey:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmhNjNGZjbKXYrPkCOjEecISKPApk1cG7t5BU7rT-o0UKCbM77YVtAEYz5jAenf7vIsXzep3njFLroG-iMi2MF1NM7hJVQR6zdINas5SPSwI7r5ql0lC1i8NRK_WCzeHkkO6hjBbUN_t7i/s1600/mustafa4.jpg
Mustafa Kamal Ataturk - Penggerak The Young Turks

Selepas penggulingan Khalifah yang terakhir, Turki diisytihar sebagai republik. Segala macam modenisasi diperkenalkan oleh presiden pertama Turki: Mustafa Kamal Ataturk. Daripada pemansuhan sekolah agama, sehinggalah azan di laungkan dalam bahasa Turki. Bayangkan Masjid Putrajaya azan dalam bahasa melayu. Begitulah situasi "modenisasi" yang berlaku di Turki sepanjang pemerintahan beliau. Dan kesannya boleh dirasai sampai hari ini. Sebagai pusat pemerintahan Empayar Khalifah yang terakhir, bila ditemukan dengan sekularisme, Turki menjadi negara yang mengalami pertembungan budaya yang maha dasyat. Cewah, ayat nak power je. Tapi memang betul lah. Sangat dasyat.

Secara tidak langsung, Turki boleh dikatan tempat pertembungan dua ketamadunan yang sangat besar dan malangnya kemenangan berpihak kepada pihak sekularis.. Tetapi keadaan sekarang semakin pulih. Kesan sekularisme sudah berkurangan dan ketamadunan Islam dijunjung semula secara perlahan-lahan sejak pemerintahan arwah Erbakan dan kini Erdogan. (Setahu saya, 2 PM Turki ni agak Islamik. Tak pasti pulak PM-PM sebelum diorang macamana)
Keteguhan prinsip Erdogan sangat ketara bila beliau secara direct menyelar tindakan askar Zionis terhadap Mavi Marmara dan mintak Zionis meminta maaf + compensation. Jarang ada pemimpin yang berani kondem Zionis and the gang.

Banyak lagi boleh dihurai lagi pasal kehebatan Turki suatu masa dahulu dan kini (?). Tapi nanti jadi blog sejarah pulak Travelog Saya nih. Cukup la setakat ni untuk justifikasi ke 3 kenapa perlu melawat Turki. Rajin-rajin lah baca mengenai Kerajaan Turki Uthmaniah. Banyak di internet. Sudah baca, pasti teringin melawat Turki!

4 comments:

7 wonders said...

Great! Saya juga sangat suka untuk melawat negara2 yang banyak meninggalkan sejarah ketamadunan dunia.

Will keep track through your blog. Malas mau baca kat tempat lain.

Admin said...

negara mana yang sudah dilawati?

thank you so much! :)

Rohaya Hussin said...

Salam,

Saya telah berpeluang melawat Istanbul secara sendiri pada bulan Februari 2011 yang lepas. Kini sedang menulis untuk blog saya kepada sesiapa yang sudi membaca.

Admin said...

Thanks for sharing Puan Rohaya!

Blog Designed by The Single Momoirs