Feb 22, 2011

Hopes Up High - Jangan Berhenti Berharap Asalkan Berusaha


Sangat sedih, sebak, pilu bercampur kecewa bila singgah blog-blog yang dapat buat advertorial hebat-hebat. Terutamanya bila benda yang diiklankan tu benda yang memang nak dibeli. Agak-agak blogger yang buat iklan untuk blackberry(bb) tu dapat bb free tak? Rasanya macam dapat kan? I was once awarded with an advertorial on TMtalk card. Memang kena bagi kad tu betul-betul untuk blogger guna dan review. RM30 jela. Plus tiket wayang, invitation to launching parties and stuff. Tapi kalau nak compare dengan free bb, macam langit dengan bumi la bezanya..

Oleh kerana buat masa ni belum ada plan nak travel, dan dah kehabisan modal nak update pasal travelling experience, Let me share you my travelling gadget/gear/needs wish list. Dengan harapan ada insan yang bermurah hati nak bagi benda-benda ni. Hehe


1. Deuter Bag

Latest collection: link

Ekceli ada sebiji kat rumah. Tapi size bag tu sangat lah besar. Baru guna sekali time pegi OBS Lumut. Masalah dengan bag-bag travel ni pulak, retail price macam haram. Atau dalam erti kata yang lain sangat mahal. Pastu kita isi baju penuh-penuh, malas nak bawak masuk flight sebab berat dan gemuk. Kena la letak dalam cargo. Masuk cargo, confirm lah kotor (kena grease, all kind of dirt and stuff). Beli mahal-mahal, last-last jadi buruk jugak..

Tapi tetap jugak nak 1!!

Buat masa ni, pakai dulu bag laptop swissgear ni. Yang penting ada bag pack. Ada orang nak beli kan untuk birthday tak? September ni. Hoho.


2. Compact Camera

Nikon Coolpix S1100 (14.1 megapixels, 3-inch touchscreen & 5x zoom NIKKOR glass lens)

Walaupun sangat-sangat berminat dalam photographing, rasanya tak perlu untuk memiliki DSLR canggih manggih untuk ambil gambar. Lagipun, ikut pengalaman saya, compact camera lagi convenient dibawak travelling compare to SLR yang besar tu. Plus, guna N70 pun boleh ambil gambar yang ala-ala professional apa?

Not bad lah snap guna N70 kan? Tapi dah enhance pakai photoscape la.

Oh, boleh baca review pasal Camera
Nikon Coolpix S1100
tu di sini: (Jeles diorang dapat review camera.. I need it so badly.. @timothytiah, give me one also!!

3. Smart Phone

Blackberry, iphone or any androids should be okay. Tapi yang penting, smart phone to boleh memudahkan kerja-kerja remeh yang kita selalu terlupa time travelling. Contohnya waktu solat waktu tempatan, arah kiblat, the nearest police station, currency exhacnge etc etc. "Peh, banyak la ko. Nak guna apps konon... Ko nak bergaya je kan? Bukan tak boleh tanya orang.." memang la boleh tanya orang, tapi kan lagi mudah kalau boleh dapatkan sendiri. Orang putih cakap convenient. Ni antara apps untuk travelling iphone offer: link


4. Money

Perlu explanation? Haha. Takda duit macamana nak travel. Warghhh.




P/s- Macam perlu postpone dulu trip ke Cambodia sebab kemungkinan ada trip free ke Medan atau Singapore. Hehe. Mungkin lah..

2 comments:

Anonymous said...

hahaha. nah ,ambik 100k ni . pegi main jauh2.beli la semua tuh

Admin said...

-.-

Blog Designed by The Single Momoirs