Mar 18, 2011

Ada Apa Dengan Bahrain?

Bahrain (Arab: مملكة البحرين) ialah sebuah negara yang tidak mempunyai sempadan. Lokasi Bahrain sebagai sebuah negara pulau di Teluk Parsi (Timur Tengah). Jiran Bahrain, Arab Saudi terletak disebelah barat dan disambungkan ke Bahrain menerusi Tambak Raja Fahd (dibuka secara rasmi pada 25 November 1986), dan Qatar di sebelah selatan menyeberangi Teluk Parsi.

Sumber: wikipedia


Bahrain WTC


Macamana agaknya negara tanpa sempadan? Macam Israel lah kan. Boleh tiba-tiba expand ikut suka hati depa. Tapi Bahrain tak la macam zionis. Diorang duduk diam je. Tak kacau orang lain dan seperti kebanyakan negara yang berada dalam lingkungan negara-negara arab, Bahrain jugak pengeluar minyak dunia. Pemerintah Bahrain sangat-sangat lah mewah. Best betul jadi pemerintah negara pengeluar minyak ni kan? Lebih kurang Malaysia jugak la. Tapi Malysia tak produce minyak sebanyak negara-negara arab.. Pendapatan tak la semasyuk depa. Plus, diorang memerintah bukan secara demokrasi. Dari raja sampai menteri tandas semua sepupu sepapat.

Masalah nya sekarang, kaum minoriti Syiah di Bahrain sedang memberontak. Memberontak kat siapa? Pihak pemerintah monarki Sunni. Sekali lagi saya ulang, MONARKI S.U.N.N.I. Ahli Sunnah Wal Jamaah laa. Macam majoriti kat Malaysia ni. Macam kat Malaysia jugak, Syiah dipandang serong oleh majoriti Malaysian. Serong dalam erti kata melabel semua syiah sesat. Sedangkan tak semuanya sesat. Tak semena-mena, si Monarki Sunni di Bahrain ni pun dengan senang lenang nya dan tidak semena-mena (sebab sebelum ada pemberontakan, tak pernah pulak diorang ni dilabel sesat kat Bahrain) melabel para protes yang majoritinya terdiri daripada penganut syiah, SESAT dan halal darahnya.

Halal darah = Bunuh tak salah. Jadi, inilah yang terjadi di Bahrain semata-mata hendak menjaga kepentingan Keluarga di Raja - Amerika (Emang dasar!) :











Gambar-gambar di atas adalah hasiJadi, apa pendapat anda? Kita patut suarakan nasib rakyat Bahrain sebagaimana kita memberi sokongan kepada Mesir atau tidak?

Boleh ikuti perkembangan negara Bahrain di: Blog FT Gambar-gambar juga diambil dari blog Dr. Faisal.

0 comments:

Blog Designed by The Single Momoirs